Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Bahaya Mendengar Musik Ketika Hendak Tidur


Kebiasaan tidur sambil mendengar muzik, atau menonton televisyen sampai tertidur, atau membiarkan lampu di bilik menyala terang, memang sukar dihilangkan dan menurut sebahagian orang keadaan seperti itu membuat mereka menjadi lebih cepat tertidur. Tetapi pada kenyataannya setelah terbangun mereka merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman.

Penjelasannya: Pada saat kita tidur sebenarnya otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti di saat bangun, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh. Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, ritme gelombang otak pun mengalami penurunan. Namun apabila kita tidur sambil mendengar muzik, televisyen dalam keadaan hidup atau lampu bilik sedang menyala terang, maka gelombang bunyi atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh indera pendengaran dan penglihatan kita. Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembusi kelopak mata dan diterima oleh retina dan kanta mata.

Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat akan kembali terangsang untuk bekerja dan memproses maklumat yang masuk. Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bererti kita hanya tidur mengikut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak. Otak akan terus bekerja memproses maklumat yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak anda keletihan kerana tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak juga akan diperah oleh kegiatan rutin kita.


0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.