Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Ketahui 9 Jenis Syaitan Supaya Kita Terhindar Darinya

Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
Zalituun. Duduk di pasar/kedai, tugas menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Wathiin. Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A’awan. Menghasut pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Haffaf. Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.
Murrah. Merosakkan dan melalaikan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour.
Masuud. Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.
Daasim. Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
Walahaan. Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.
Lakhuus. Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Sumber

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.