Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


‘Orang lama’ mampu lonjak United





Sunderland: Penjaga gol Manchester United, Anders Lindegaard berkata pemain senior akan membantu mengatasi sebarang potensi gemuruh kelab itu dalam menghadapi detik penting baki perlawanan sebelum menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad bimbingan Alex Ferguson itu memiliki kelebihan besar 15 mata di depan pencabarnya, Manchester City menjelang pertemuan dengan kelab bergelut, Sunderland di laman lawan, Stadium of Light hari ini namun Lindegaard berkata, pemain veteran seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes bukan saja memberi ketenangan di bilik persalinan, malah membuang rasa gemuruh.

“Kami berada di tahap yang amat penting dan perlu sentiasa tajam,” kata pemain kelahiran Denmark itu. “Ia amat penting buat kami untuk tidak melihat kedudukan liga ketika ini. Orang luar pasti berkata kami sudah berada dalam situasi selesa namun penting buat kami mengambil perlawanan demi perlawanan, jadi kami tidak bersenang lenang.


“Sudah tentu ia adalah kedudukan yang baik namun ia adalah sesuatu yang kami tidak boleh fikirkan. Kamu boleh merasai dalam pasukan ketika ini, terutama pemain lebih pengalaman, yang kami sedang memasuki tahap penghujung musim.

Motivasi daripada ejekan

“Daripada Rio Ferdinand, Giggs, Scholes dan Nemanja Vidic, kamu akan dapat merasakan dan melihat bagaimana kesungguhan mereka serta betapa penting perkara ini buat mereka. Pemain muda dan kurang berpengalaman melihat mereka akan membimbing kami ke arah yang betul, mengingatkan kami setiap hari untuk kekal sedar, tidak terlalu bersenang-lenang dan kekalkan rentak.”

Manchester United akan mengharungi perlawanan ulangan suku akhir Piala FA menentang Chelsea dua hari selepas kunjungan ke Sunderland yang bakal meletakkan Lindegaard sebagai pilihan menentang Black Cats selepas Ferguson dijangka bakal melakukan penggiliran terhadap pemainnya.
Lindegaard mengakui pengalaman pahit hari terakhir liga musim lalu di Stadium of Light ketika penyokong Sunderland bersorak ketika City merangkul kejuaraan liga akan memberi motivasi kepada pemain United.

“Apabila kamu mempunyai pengalaman seperti itu dan merasakan sesuatu sedang menentang kamu, seperti penyokong di Sunderland, saya harap kami akan mengingati dan menjadikannya sesuatu yang positif. Kami bertekad untuk menang perlawanan ini.”
AFP

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.