Assalamualaikum
Jom Kita Hayati Maksud Surah Al-Fatihah..
Sesungguhnya Ia Merupakan Satu Doa Yang Amat Lengkap...
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) -
Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir .
Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan
lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan
surah Makkiyyah .
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran .
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat .
