Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Sebanyak 544 Pusat Mengundi Dibuka Untuk Pengundian Awal Selasa Ini



PUTRAJAYA: Sebanyak 544 pusat mengundi yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi akan dibuka mulai jam 8 pagi Selasa ini bagi tujuan pengundian awal untuk anggota tentera dan pasangan, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata pusat mengundi tersebut, yang diletakkan di tempat-tempat seperti Ibu Pejabat kontinjen (IPK) atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) bagi angota polis dan kem-kem bagi anggota tentera dibuka sehingga 2 petang bagi pengundi berjumlah kurang dari 50 orang dan sehingga 7 malam bagi yang lebih daripada itu.
"Untuk pengundian awal ini, pengundi-pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri. Dakwat kekal ini berbeza warnanya berbanding dengan pengundian biasa dan akan melekat pada jari selama tujuh hari.
"Bagi maksud menjalankan pengundian awal, SPR telah menyediakan 10,000 botol dakwat kekal," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini pada Ahad.
Kamaruddin berkata daripada 272,387 jumlah pengundi awal, seramai 161,251 merupakan anggota tentera dan pasangan, dan baki 111,136 adalah anggota polis, PGA dan pasangan PGA.
Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu ada antara mereka yang mengundi melalui pos.
Antara pusat mengundi yang akan dibuka termasuk di Kem Pulau Tawar, Pahang yang mempunyai seorang pengundi dan Kem Batu 10 Kuantan, Pahang yang mempunyai 6,808 pengundi, katanya.
Kamaruddin berkata proses pengundian awal dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR, dan akan disaksikan ejen-ejen calon yang bertanding di kawasan berkenaan.
Beliau berkata pemerhati tempatan daripada 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik SPR juga boleh memerhati proses itu dengan kebenaran masuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Ini menunjukkan kami telus dari segi mengadakan undi awal ini," katanya.
Kamaruddin berkata kertas undi yang telah dipangkah akan disimpan sama ada di lokap polis atau pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan hanya akan dibuka pada pukul 4 petang hari pengundian biasa iaitu 5 Mei nanti untuk dikira.
Beliau berkata ia bagi membolehkan keputusannya diketahui sekitar jam 6 petang hari yang sama.
Kamaruddin turut menafikan laporan bahawa undi awal telah dijalankan pada 23 April lalu, kerana berdasarkan Subperaturan 3 (1A) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tarikh hari pengundian awal hendaklah tidak kurang daripada tujuh hari selepas hari penamaan dan tidak kurang daripada tiga hari dari tarikh pengundian biasa. Penamaan calon berlangsung pada 20 April.
Beliau berkata ini bermakna jika pengundian awal dijalankan pada tarikh tersebut, ia tidak sah dari segi undang-undang dan SPR akan terdedah kepada petisyen pilihan raya.
Pengundian awal dilaksanakan buat pertama kalinya pada pilihan raya kali ini, dengan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal.-BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.