Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Suarez Tumbuk Muka Lawan



London: Penyerang Uruguay, Luis Suarez dikesan kamera menumbuk muka pertahanan Chile, Gonzalo Jara pada minit ke-33 perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia, Selasa lalu. 

Pemain Liverpool itu dikesan bertindak balas menghayun tangan kanannya selepas bek Nottingham Forest, Jara cuba menghalangnya ketika sepakan sudut hendak diambil.

Pengadil dari Argentina, Nestor Pitana tidak mengambil tindakan ketika itu kerana tidak melihat insiden berkenaan, dan sumber FIFA memberi bayangan perkara itu tidak akan dimasukkan dalam laporan pegawai perlawanan sekali gus Suarez bakal terlepas daripada penggantungan panjang.


Bagaimanapun jika diberi kad kuning, dia bakal terlepas perlawanan kelayakan seterusnya - Uruguay menentang Venezuela.

Musim lalu, Suarez digantung lapan perlawanan kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain Manchester United, Patrice Evra dan sebelum itu dia mengakhiri tempoh bersama Ajax dengan memalukan apabila menumbuk pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal. - Agensi







0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.