Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


TAPG lancar tablet tahan lasak


Mizobata pada pelancaran produk baru tablet Panasonic sempena LIMA ‘13 di Langkawi, semalam. - Foto Hassan IsmailPanasonic Toughbook Asia Pacific Group (TAPG) melancarkan komputer tablet tahan lasak Toughpad FZ-G1 bagi memenuhi keperluan institusi kerajaan dan syarikat yang beroperasi dalam persekitaran lasak.

Tablet bersaiz 10.1 inci itu menampilkan ciri Windows 8 Pro dan pengenalan produk itu adalah susulan pengenalan Toughpad FZ-A1 jenis Android bersaiz 10.1 inci yang diperkenalkan di pasaran akhir tahun lalu.

Kuasai pasaran


Pengarah TAPG Sistem Komunikasi Panasonic Asia Pasifik, Satoshi Mizobata, berkata Panasonic menghasilkan peralatan komputer berdaya tahan di pasaran sejak 20 tahun lalu dan pelanggan pasti yakin terhadap prestasi produk keluaran syarikat itu.

“Kini, jenama Panasonic Toughbook menguasai kira-kira 60 peratus pasaran dalam peralatan mudah alih lasak dan menerusi sokongan perkhidmatan berkelas dunia akan menjadikan kami peneraju kepada penyelesaian tablet perniagaan kepada perniagaan (B2B) pada masa depan.

“Kami mensasarkan peningkatan penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus dalam segmen tablet berciri lasak di negara ini manakala lebih 50 peratus pada peringkat global menjelang 2015,” katanya pada majlis pelancaran tablet itu di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2013 (LIMA'13) di Langkawi, semalam.

Tahan lasak
TAPG adalah peneraju dalam industri pengeluaran tablet komputer tahan lasak sejak 1996.

Keistimewaan produk itu ialah tablet berkenaan boleh bertahan jika terjatuh sehingga ke tahap ketinggian 126 meter dan ia akan memasuki pasaran bulan depan atau selewat-lewatnya Mei ini.

Katanya, pihaknya percaya produk itu mampu menyokong keperluan industri profesional di rantau ini khususnya di Malaysia yang memberi tumpuan kepada inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP).


0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.