Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Teknologi Android 'bertempur' Bersama Tentera


        White Sands, New Mexico - Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan.


Teknologi Android membantu sepenuhnya tentera Amerika Syarikat di dalam medan peperangan masa kini.
Kredit Foto: Shanzai.com Analyzing Shanzhai Tech Culture & Gadgets
Kini para tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang giat melakukan percubaan bagi peranti Motorola ATRIX dan Motorola GD300 dan lain - lain peranti di dalam simulasi peperangan sebenar selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat menurut laporan FoxNews.com.. Ujian peranti tersebut telah dilakukan dalam pelbagai ujian lasak dibentuk muka bumi dan situasi peperangan yang berbeza untuk memastikan teknologi ini tahan lasak bersesuai dengan kegunaan pihak tentera. Malah dari dalam kenderaan tentera juga, hulu balang tentera juga dilengkapi peranti tablet Motorola Xoom untuk mendapatkan laporan kedudukan lokasi tentera semasa serta memberi arahan taktikal kepada tentera yang berada jauh di dalam radius medan tempur. Setiap teknologi peranti ini telah direka khusus untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat yang dibekalkan oleh syarikat pembekal peralatan pertahanan iaituGeneral Dynamics setelah mengambil alih syarikat Motorola's Integrated Information Systems Group.

"Sebelum ini untuk berkomunikasi dan memberi setiap arahan kepada pasukan tentera kami terpaksa menggunakan mikrofon melalui komunikasi radio, kini mereka hanya lakukan di skrin peranti mereka, " ujar Brigadier Komander Col. Daniel Pinnell malah turut memberi ulasan dengan setiap maklumat yang dikumpul oleh teknologi ini pihak tentera dapat memperkasakan taktikal pasukan tentera untuk menjadi pasukan yang kuat dan efisien di samping mengurangkan sebarang risiko yang di ambil.
- Gombug.Net
"
"


Teknologi Androids kini bersedia sepenuhnya untuk bertempur bersama tentera Amerika Syarikat.
Photo Credit: FOXNEWS.COM / PATRICK MANNING
Ketika di medan peperangan, para tentera tidak perlu mencari pancaran isyarat pembekal telekomunikasi seperti dari AT&T atau Virgin Mobile untuk telefon pintar mereka sebaliknya dihubungi oleh peranti USB sebagai sistem komunikasi radio untuk menghantar dan menerima data serta audio di dalam rangkaian yang dilindungi. Kemajuan teknologi ini adalah lebih jauh dari apa yang berada dipasaran walaupun peranti mungkin kelihatan sama. Setiap peranti ini dilengkapi dengan perisian Nett Warrior yang dibangunkan sendiri oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan bukannya sesuatu yang perisian atau aplikasi seperti Google Maps.


Antara muka laman web
 U.S. Army Marketplace - https://marketplace.army.mil
Pada 21 Mac 2012 yang lepas, pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Aplikasi perisian ketenteraan seperti bantuan latihan, perancangan & maklumat ketenteraan, panduan peperangan & komunikasi semasa dan lain - lain amat membantu bagi para tentera dalam membentuk pasukan yang terbaik & sentiasa bersedia dengan maklumat terkini yang akan membantu di medan peperangan. Selain itu juga peranti ini dapat membantu tentera menghantar laporan visual atau berkomunikasi dari persekitaran medan peperangan yang getir secara terus kepada ahli pasukan yang lain dan rujukan pegawai pemerintah. Teknologi Android yang dilengkapi dengan berat bateri hanya 0.45359237 kilograms ini mampu bertahan sehingga 6 jam malah setiap tentera boleh mampu untuk membawa 5 unit bateri tambahan di dalam poket mereka di medan pertempuran.


0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.