Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Kanak-Kanak Ditemui Selamat Dalam Rumah Yang Terbakar

Gambar Hiasan

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui selamat di dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Haji Ali, Batu 6, Jalan Gambang di sini, pagi tadi.

Mohd Haikal Mohd Saipul, 6, ditemui oleh pihak bomba dan penyelamat.

Dia ditinggalkan ibunya buat sementara waktu dengan jiran mereka ketika ibunya seorang warga Indonesia yang mengandung empat bulan membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan.


Kebakaran itu turut memusnahkan tujuh rumah lain dan sebuah kereta.

Penguasa Bomba (Bahagian Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Alimaddia Bukir, berkata pihaknya sempat menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada seorang diri di dalam rumah.

Api dipercayai mula merebak daripada salah sebuah rumah berkenaan. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.