Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Kejutan Tunku Ismail!


Tunku Ismail Sultan Ibrahim Presiden PBNJ letak jawatan secara drastik ; anggap jawatan penaung cara terbaik bantu persatuan

Johor Bahru: Selepas terjebak dalam beberapa kontroversi akhirnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat satu keputusan drastik apabila meletak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa semalam. Namun, beliau masih ada kaitan dengan badan induk itu apabila memegang jawatan sebagai penaung.

Peletakan jawatan Tunku Ismail disahkan Setiausaha Kehormat PBNJ, Fahmy Yahya yang turut mengesahkan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Obet Tawil kini memangku jawatan presiden PBNJ susulan perkembangan itu.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Tunku Ismail, beliau berkata, keputusan itu sudah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Pegang penaung sahaja

“Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya memegang jawatan sebagai presiden dan pada masa yang sama saya juga Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

“Oleh kerana itu, saya membuat keputusan mentadbir PBNJ sebagai penaung serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah selayaknya memegang jawatan sebagai penaung dalam PBNJ.
“Dengan jawatan saya sebagai penaung, ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus PBNJ termasuk dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini,” katanya dalam kenyataan itu.


0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.