Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Kenali Yuxin Xiaolu, Nenek Berusia Satu Tahun!


Lazimnya kulit bayi itu halus dan lembut. Namun, tidak demikian dengan seorang bayi perempuan di China. Bayi tersebut mengalami sindrom aneh. Meskipun usianya baru 1 tahun, kulitnya kehilangan elastik sehingga dipenuhi oleh kedut seperti nenek-nenek. Bayi perempuan bernama “Yuxin Xiaoli” tersebut diyakini menghidap cutis laxa, sebuah kelainan pada jaringan ikat (connective tissue) yang membuatkan kulitnya tidak elastik seperti pada orang-orang lanjut usia. Akibatnya, Yuxin kehilangan elastik lapisan kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi, dan organ vital lainnya seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus, dan paru-paru.
“Dia kelihatan seperti orang tua. Terakhir saya membawanya ke hospital, semua orang menatapnya seperti alien. Bahkan anak-anak pun menangis histeria,” kata Cao Niu. Keluarga mulanya hanya merawat Yuxin di rumah, kerana tak ingin anak mereka menjadi bahan ejekan. Namun kerana keadaan Yuxin memburuk akhirnya mereka membawanya ke hospital Zhengzhou, China. Keluarga semakin optimis bahawa Yuxin sembuh dengan melihat tingkah Yuxin yang begitu aktif dan cerdas. Yuxin termasuk anak yang cepat tangkap. Sangat pintar meniru ekspresi wajah orang lain di sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.