Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Wajib Pakaian Islam Setiap Jumaat


Gambar Hiasan
Jakarta: Pentadbiran Tangerang Selatan akan mewajibkan semua penjawat awam beragama Islam memakai pakaian Islam pada hari Jumaat bagi mengiktiraf apa yang dikatakan datuk bandar sebagai identiti keagamaan di perbandaran itu.
“Kami sudah lama bercadang untuk mewajibkan semua penjawat awam muslim memakai pakaian Islam setiap Jumaat agar nuansa keagamaan majlis perbandaran dapat dilaksanakan di semua pejabat pentadbiran,” kata Datuk Bandar Airin Rachmi Diany semalam.

“Tangerang Selatan mendakwa ia pentingkan agama tetapi bukti apa yang kita ada bagi menunjukkan kepada pelawat yang dapat menyokong kenyataan itu?,” katanya.
Airin berkata, penjawat awam bukan Islam akan dikecualikan daripada polisi itu dan setiauasa majlis perbandaran Dudung S Direja masih menjalankan penyelidikan sebelum pelaksanaannya. Menurutnya, penjawat awam lelaki perlu memakai baju koko (berkolar tinggi serta berlengan panjang) dan songkok, manakala kakitangan wanita perlu mengenakan tudung, baju kurung merah dan skirt labuh putih atau seluar panjang putih. Bagaimanapun, kakitangan bebas memilih gaya atau stail yang selesa dengan mereka.

“Kebanyakan penjawat awam wanita di sini sudah pun memakai pakaian Islam setiap hari, malah, sebelum polisi itu dilaksanakan. Jadi, saya tidak rasa ada bantahan terhadap polisi itu selagi ia bertujuan baik,” katanya. 

1 comments:

  1. Bagus, peraturan ditetapkan bagi dijadikan budaya seterusya bila rakyat keluar dari kejahilan, mereka akan memakai dengan iklhas..

    Salam ziarah kesini. Kali pertama dari busuk.org

    ReplyDelete

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.