Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Meninggal Ketika Pangkah Kertas Undi

V Selvaraju

Warga emas rebah akibat sakit jantung

Alor Setar: Tiga warga tua masing-masing dua di negeri ini, manakala seorang di Ipoh meninggal dunia dengan seorang daripadanya ketika memangkah kertas undi pada hari pengundian semalam, dipercayai akibat serangan jantung.
Rebah ketika pangkah
"Dia memaklumkan berasa pening kepala dan mahu duduk beberapa minit selepas tiba  di pusat mengundi. Sebelum memasuki barisan dia tiba-tiba rebah lalu saya membawanya untuk berehat seketika di meja kantin sekolah" R Selvam Saksi

Di Yan, seorang lelaki, Tom Majid, 94, dari Kampung Batu Menunggol, Pendang, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang memangkah kertas undi di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak pada kira-kira jam 10.55 pagi.

Dia dikatakan rebah secara tiba-tiba di saluran tempat mengundi sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan Hospital Yan.

Terdahulu, dia dikatakan datang ke sekolah berkenaan bersama tiga ahli keluarganya untuk mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan mengklasifikasikan ia sebagai kematian mengejut.
Seorang lagi warga tua, Mat Cha, 76, dari Kampung Hilir Tandop, Kubang Rotan, Kuala Kedah, meninggal dunia beberapa jam selepas mengundi di Sekolah Menengah Kubang Rotan.

Anaknya, Ismail, 47, berkata bapanya pergi ke sekolah berkenaan untuk mengundi pada kira-kira jam 8 pagi dengan menunggang motosikal bersendirian dan sebaik pulang dia mengadu sakit dada.

“Saya menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan ayah disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.

Di Ipoh, seorang lelaki, V Selvaraju, 56, meninggal dunia di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simee, selepas mengalami serangan jantung.

Saksi kejadian, R Selvam, 57, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, Selvaraju mengadu sakit dada dan sukar bernafas berhampiran pusat pengundian.

“Dia memaklumkan berasa pening kepala dan mahu duduk beberapa minit selepas tiba di pusat mengundi. Sebelum memasuki barisan dia tiba-tiba rebah lalu saya membawanya untuk berehat seketika di meja kantin sekolah.

Tak sempat mengundi

“Keadaannya masih belum pulih selepas beberapa minit berehat dan saya mengambil keputusan untuk meninggalkannya sebentar sebelum kembali dan memeriksa nadinya yang tidak lagi berdenyut,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sehubungan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh, untuk dibedah siasat.

Jurucakap media Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Superintendan Maszley Minhad, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai kematian mengejut.

Sumber 

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.