![]() |
Pemain Harimau Malaya menjalani latihan di Wisma FAM, semalam. |
Tidak sertai 26 pemain Harimau ke Australia

Turut dilaporkan cedera, seorang lagi pemain tengah Kelantan, Shakir Shaari dan pemain bek kiri Johor Darul Takzim (DT), Farid Ramli.
Sebagai ganti, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal memanggil tiga pemain daripada senarai 12 pemain menunggu iaitu Fauzi Rozlan, Saiful Nizam Miswan (Pahang) dan Zubir Azmi (Terengganu).

“Farid pula saya akan dapatkan laporan daripada pasukannya mengenai tahap kecederaannya.
“Buat masa ini, saya sudah memanggil Zubir, manakala pemain Pahang dan Johor DT akan melapor diri, Ahad ini selepas selesai aksi separuh akhir Piala FA,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas latihan pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.
Raja tiada pilihan
Dalam pada itu, Rajagobal mengakui beliau tidak mempunyai pilihan selain membuat kunjungan dua minggu ke Australia yang ketika ini hampir mengalami musim sejuk sebagai ganti pembatalan dua aksi persahabatan kelas A bertemu Singapura yang sepatutnya berlangsung 4 dan 7 Jun ini.
“Bahrain yang kita akan jumpa pada Oktober depan kita tak tahu lagi sama ada ketika itu cuaca sejuk atau tidak. Kamu kena faham, ketika kita lawan Qatar di Doha (Februari lalu) pun cuaca sejuk juga.
“Bagaimanapun, pada masa suntuk yang ada ini, kita kena buat satu keputusan. Kita sudah cuba untuk mengadakan latihan di China, Eropah, Jepun dan Korea Selatan, tetapi gagal.
“Sebenarnya, bukan senang nak dapat tempat latihan dan perlawanan persahabatan. Kita hanya dapat peluang ke Australia,” katanya.-bharian