Telefon pintar Apple telah dikatakan mempunyai kadar kependaman (latency)
input skrin sentuh yang rendah berbanding beberapa peranti lain. Tetapi
bagaimanakah dengan ketepatan input yang dilakukan pada skrin sentuh
iPhone?
Mengikut laporan terbaru berdasarkan kepada ujian daripada OptoFidelity,
ia dikatakan iPhone 5S dan juga iPhone 5C laju dalam memberikan reaksi
kepada input pengguna, tetapi tidak begitu tepat dalam mengenal-pasti
sentuhan jari seperti Galaxy S3
Ia dikatakan Galaxy S3 boleh mengenal pasti input dengan tepat pada
keseluruhan skrin, kecuali pada bahagian tepi, tetapi sebaliknya untuk
iPhone 5S dan iPhone 5C pula, ia kelihatan hanya tepat pada sebahagian
kecil skrin di bahagian bawah.
-GSMARENA, Amanz.my