Tahukah anda, apakah alat muzik tertua di dunia? Para ahli arkeologi
dari United Kingdom dan German telah berjaya menemui alat muzik tertua
di dunia yang merupakan sejenis seruling purba yang dibuat dari tulang
burung dan gading gajah purba.
Berdasarkan analisa radiokarbon alat muzik tiup menyerupai seruling yang
ditemui di kawasan gua di barat daya Jerman ini, ia dikatakan berusia
antara 42000-43000 tahun lalu, bahkan lebih tua.
Penelitian yang dipimpin oleh Prof. Tom Higham dari Universiti Oxford
menjelaskan bahawa alat muzik tersebut usianya tidak jauh berbeza dengan
tulang-tulang haiwan purba yang ditemui di sekitar gua
Geissenklösterle.
Prof. Nicholas J Conard selaku ahli arkeologi dari Universiti Tübingen
Jerman mengatakan bahawa ia adalah alat muzik tertua di dunia. Menurut
beliau, di dalam gua Geissenklösterle turut ditemui banyak artifak karya
seni yang lain. Hasil penelitian dan penemuan ini dipublikasikan di
Journal of Human Evolution pada 8 Mei 2012
Menurut ahli arkeologi, alat muzik tersebut digunakan oleh
manusia-manusia purba untuk upacara keagamaan mahupun sebagai medium
hiburan. Muzik dikatakan berperanan penting dalam pemeliharaan jaringan
sosial yang lebih besar.
0 comments:
Post a Comment