KUALA LUMPUR: Sebahagian Lebuh raya Bukit Jalil sepanjang satu kilometer
berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara akan
ditutup kepada lalu lintas selama enam jam mulai 11 malam, Isnin depan.
Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) dalam kenyataan hari ini, berkata penutupan itu bagi memudahkan kerja pemindahan jejantas pejalan kaki dan trafik dijangka kembali normal pada 5 pagi, keesokannya.
Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) dalam kenyataan hari ini, berkata penutupan itu bagi memudahkan kerja pemindahan jejantas pejalan kaki dan trafik dijangka kembali normal pada 5 pagi, keesokannya.
"Penempatan semula jejantas pejalan kaki adalah untuk memudahkan
pembinaan laluan pandu untuk projek tambahan laluan LRT yang
menghubungkan Ampang dari Seri Petaling ke Putra Heights melalui Bandar
Kinrara, Puchong dan Shah Alam.
"Jejantas akan dipindahkan ke tapak baru kira-kira 60 meter dari lokasi asal," menurut kenyataan itu.
Menurutnya, penutupan sementara itu akan memberi kesan kepada lalu lintas dari Bukit Jalil ke Puchong yang akan dialihkan ke Jalan Kinrara 6 dan seterusnya ke Jalan Kinrara 5 sebelum kembali semula ke lebuh raya melalui Jalan Kinrara 5.
Trafik dari Puchong ke Bukit Jalil akan dialihkan ke Jalan Kinrara 4 untuk memasuki Jalan Kinrara 2 dan seterusnya ke Lebuhraya Bukit Jalil, menurut kenyataan itu.
Prasarana juga akan memanjangkan laluan LRT Kelana Jaya bermula dari Stesen LRT Kelana Jaya ke Putra Heights, melalui Lembah Subang, Subang Jaya dan USJ. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment