Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Baru-baru ini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah melancarkan edisi terbaharu model Myvi, Viva dan Alza dengan reka bentuk yang lebih menarik serta peralatan dan aksesori tambahan yang dikenali dengan Perodua S-Series.
Antara keistimewaan yang terdapat pada varian terbaharu Perodua S-Series adalah stereng kuasa, pemain MP3 dan ketinggian kerusi pemandu yang boleh diubah suai pada varian Viva S. Warna yang ditampilkan juga agak menarik dengan warna terbaru ‘Ozzy Orange’.
Paling menarik kesemua model baru ini di datangkan dengan jaminan servis Perodua selama 3 tahun. Selain itu harga yang ditawarkan juga sedikit murah dari model yang terdahulu. Inilah peluang terbaik kepada anda yang selama ini berkira-kira hendak membeli kereta Perodua.
Di atas adalah senarai harga di atas jalan terkini Perodua Myvi, Viva dan Alza edisi S-Series yang di jangka mendapat sambutan ramai kerana khabarnya lebih murah dari sebelumnya tetapi lengkap dengan aksesori tambahan baru yang menarik dari Perodua.
0 comments:
Post a Comment