Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi dan penumpangnya seorang wanita Filipina maut selepas teksi itu bertembung dengan sebuah kereta berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek di Jalan Tun Perak di sini pagi tadi.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, nahas berlaku pada pukul 4.20 pagi apabila kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Jalan Raja Chulan menuju Dataran Merdeka terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan teksi tersebut.
"Pemandu teksi R.Sivaraman, 35, mati selepas tersepit di dalam teksinya manakala penumpangnya yang dikenali sebagai Mechelle Perona, 25, mati akibat tercampak keluar dari teksi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rusli berkata, seorang lagi penumpang teksi iaitu warga Nigeria yang dikenali sebagai Jaeson, 34, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, pemandu kereta tersebut seorang lelaki berumur 27 tahun dipercayai melarikan diri sejurus kemalangan namun identitinya telah dikenal pasti. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment