Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


PIYA Minta Rakan Waspada





Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi menegaskan dia dan rakan sepasukan bertekad mengekalkan rentak kemenangan The Red Warriors (TRW) ketika berkunjung ke laman pendahulu Liga Super, Tentera di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

"Kami kini sudah kembali bangkit daripada masalah prestasi sebelum ini selepas menang dua perlawanan terakhir ketika menentang Ayeyawady United dalam saingan Piala AFC dan Selangor PKNS dalam Piala FA.

“Jadi, kami akan pastikan rekod kemenangan itu berterusan ketika menentang Tentera malam esok (malam ini). Lagipun, kemenangan ke atas pendahulu liga itu penting bagi merapatkan jurang mata dengan pasukan teratas liga,” katanya semalam.


Harapan Mohd Badhri atau Piya dan rakannya itu mungkin mampu dicapai kerana Tentera terpaksa turun dengan skuad ‘tempang’ selepas kehilangan empat tonggak utama - Shukor Adan, Mohd Fitri Omar, K Rueben dan Rezal Zambery Yahya - kerana penggantungan perlawanan.

Rekod 1-1

Namun, Badhri tetap meminta rakan sepasukan berwaspada dengan skuad kendalian bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan itu yang mungkin banyak melakukan perubahan taktikal selepas kehilangan empat tonggak berkenaan.

"Tentera mempunyai kekurangan apabila empat tonggak mereka tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam esok (malam ini) dan ia memberi kelebihan kepada kami dalam usaha memburu kemenangan di tempat lawan.
"Walaupun mereka (Tentera) ‘tempang’ tanpa empat tonggak, namun kami perlu berwaspada dengan barisan pemain yang bakal diturunkan Sathianathan nanti. Dia (Sathianathan) mempunyai pengalaman dalam mengatur strategi dan kami perlu berhati-hati," katanya.



0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.