Itulah yang dikatakan orang sekeliling apabila Tony Melendez mula-mula belajar bermain gitar pada umur 6 tahun, semua orang kata dia tidak akan dapat bermain gitar, kenapa? kerana dia tidak mempunyai kedua belah tangan.
Tony Melendez, menghabiskan 7 jam setiap hari untuk berlatih memetik gitar menggunakan kaki, pada tahun 1987, semasa dia berumur 25 tahun, dia telah ditawarkan untuk membuat persembahan untuk Pope John Paul II.
Sejak hari itu, Pope telah memberikannya kata-kata semangat untuk terus memberikan inspirasi kepada orang ramai, berikutan kejadian itu Malandez telah mengelilingi 40 buah negara sebagai jurucakap motivasi.
Memang mangagumkan, bukan sahaja dia boleh bermain gitar menggunakan kaki, dia juga boleh menyanyi, seperti juga pemain gitar yang lain.
Lihat video Tony bermain gitar lagu Let it be
0 comments:
Post a Comment