Omar menandatangani plak perasmian sambil diperhatikan Syed Ismail (kiri) dan Ghee Lye (dua dari kanan) pada majlis perasmian Balai Polis Banda Hilir, semalam.Melaka Tengah: Kemahiran menyiasat pegawai polis Unit Jenayah Siber akan dipertingkatkan bagi meningkatkan keberkesanan usaha membendung penipuan membabitkan medium internet dan komputer.
Polis juga akan turut menjalin kerjasama dengan rakan penguat kuasa dari luar negara dan agensi lain termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Peningkatan jumlah kerugian
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata langkah itu sejajar peningkatan jumlah kerugian membabitkan jenayah siber tahun lalu.
“Kita tidak menolak kemungkinan penjenayah menggunakan medium internet untuk dapatkan sumbangan, pengaruh atau mencari rekrut. Mereka mungkin menggunakan identiti sebenar atau palsu.
“Siasatan perlu dilakukan secara lebih terperinci menggunakan peralatan tertentu untuk mengukuhkan keselamatan. Buat masa ini, pihak kami sedang membuat pemantauan ke atas perkara yang kemungkinan boleh dikategorikan sebagai jenayah siber,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Balai Polis Banda Hilir yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. Hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye.
Akhbar sebelum ini melaporkan, statistik dikeluarkan JSJK mendapati jumlah kerugian akibat jenayah siber meningkat kepada RM1.6 bilion pada tahun lalu, berbanding RM1.1 bilion pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, aduan berhubung jenayah siber sudah berkurangan sebanyak 10 peratus kepada 18,381 kes tahun lalu berbanding 22,033 pada tahun sebelumnya.
Mengulas lanjut, Syed Ismail berkata, nasihat supaya pengguna lebih berwaspada menggunakan medium internet akan turut dimasukkan dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan blog tertentu.
Difahamkan, lebih 60 peratus rakyat di negara ini atau 17 juta orang adalah pengguna internet

0 comments:
Post a Comment