LOS ANGELES: Aktres Gwyneth Paltrow berkata jurulatih kecergasannya
Tracy Anderson memaksa dia berbogel semata-mata untuk menyuntik motivasi
bagi memperolehi bentuk badan yang ideal.
Kata Paltrow, insiden itu berlaku ketika dia bertemu jurulatih itu buat kali pertama bagi memulakan sesi kecergasan tersebut.
Laman dailystar.co.uk melaporkan, pelakon filem Shakespeare in Love itu
memberikan pujian kepada jurulatih berkenaan kerana membantunya
menurunkan berat badan ketika hamil anaknya, Moses sebelum ini.
“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas
melahirkan anak perempuan sebelum ini tetapi pada kali ini (Moses), ia
tidak berkesan.
“Saya tidak boleh menurunkan berat badan tetapi sejak bertemu Tracy, dia menjadi penyuntik semangat saya.
“Saya tidak akan lupa pada insiden dia menanggalkan seluar saya dan
berkata, ‘Oh tidak, saya sangat terkejut kerana awak nampak hebat di
luar. Saya tidak menjangkakan ini (keadaan fizikal),” kata aktres itu.
Bagaimanapun, Paltrow menegaskan tindakan ekstrem jurulatih itu
mengembalikan semua keindahan dalam rumah tangganya bersama penyanyi
Chris Martin.
“Dia (Tracy) memberikan kebaikan kepada hidup saya, keyakinan diri,
kehidupan seksual dan segala-galanya,” katanya seperti dipetik majalah
Reebok.
0 comments:
Post a Comment