Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Hattan Sahkan Bakal Menikahi Arianie 15 Ramadan Ini

Hattan Sahkan Bakal Menikahi Arianie 15 Ramadan IniNampaknya Hattan tidak pernah menjadikan kegagalan rumahtangga sebelum ini untuk bernikah sekali lagi & kali ini Hattan seperti di’khabarkan sebelum ini kembali bersama bekas isteri pertama.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Hattan mengesahkan yang beliau akan menikahi Arianie Mohd. Abidin pada tanggal 15 Ramadan ini dan memilih tarikh itu kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama sama.

“Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie),” jelas Hattan tentang keputusan beliau.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Tambah Hattan lagi, majlis pernikahan mereka akan berlangsung secara sederhana & tiada sebarang hantaran di’rancang. Tahniah di’dahulukan buat Hattan & Arianie, semoga kekal selamanya kali ini.

1 comments:

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.