KOTA BHARU – Kelantan bangkit dari
ketinggalan apabila membelasah seteru tradisi mereka, Terengganu 4-1
dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV
semalam, sekali gus membawa bekalan selesa menjelang aksi kedua di Kuala
Terengganu.
Beraksi di hadapan lebih
25,000 penyokong setia, Kelantan bagaimanapun tersentak dengan jaringan
awal pasukan pelawat seawal minit kedua menerusi Mohd. Asahari
Shamsuddin yang menanduk masuk bola lantunan hasil rembatan deras G.
Puaneswaran dari luar kotak penalti.
Tuan
rumah yang dikejutkan dengan jaringan awal pelawat itu mula
memperkemaskan rentak permainan dan hampir menyamakan kedudukan pada
minit ke-19 menerusi Indra Putra Mahyuddin, namun rembatannya melewati
palang gol pelawat.
Kelantan bagaikan
‘dirasuk’ terus mengasak kubu pelawat melalui dua peluang menarik pada
minit ke-21 dan 22 menerusi Indra Putra bagaimanapun penyudah pemain
tersebut gagal menemui sasaran.
Akhirnya
kekebalan Mohd. Shamirza Yusof di gawang gol Terengganu lebur di kaki
pemain gantian Kelantan, Dickson Nwakaemi yang berjaya meledakkan
penyamaan pada minit ke-79.
Kelantan
terus menggandakan asakan dan berjaya menambah jaringan pada minit
ke-83, menerusi Indra Putra sebelum tonggak pertahanan import, Obinna
Nwaneri menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit
ke-92 pada masa kecederaan.
Pemain
gantian, Zairol Anuar Zailani melengkapkan malam kebangkitan The Red
Warriors dengan meledakkan jaringan keempat menerusi rembatan kencang
dari luar kotak penalti selang seminit kemudian.
Sementara
itu, skuad Harimau Selatan sekali lagi menunjukkan taringnya apabila
Pahang menjadi mangsa terbaharu dijinakkan 1-0 dalam satu lagi aksi
separuh akhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Bermain
di hadapan lebih 30,000 penonton sendiri, Johor DT menggunakan
kelebihan tersebut untuk menguasai babak pertama dan mencipta beberapa
percubaan menarik untuk merobohkan benteng pertahanan skuad Tok Gajah.
Pada
minit ke-21, Leonel Nunez berjaya menemui sentuhannya apabila
menyempurnakan bola hantaran Norshahrul Idlan Talaha menerusi sepakan
lencong ke kanan gawang.
0 comments:
Post a Comment