Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Izzue Islam Nikah Awin Dengan Sekali Lafaz

SHAH ALAM: Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.

Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Awin dan Izzue kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana songket dari rona putih tajaan 'Classic Bridal'.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.

Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N'dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan 'Indoor Garden'.

Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun.-mstar online
Izzue dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit. -Foto mStar Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

Izzue menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang.

Izzue menyerahkan mas kahwin kepada isterinya

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.