Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Kepala Dibedah Sebanyak Lima Kali

Jelebu: “Semuanya seperti tiada kesudahan dan sehingga kini kepala Noratikah sudah dibedah lima kali sejak 2011 dan terbaru pada 5 dan 14 April lalu. Dia juga sudah menjalani puluhan rawatan radioterapi dan kimoterapi. Selepas ini tak tahu apa yang terpaksa dilakukan ke atas anak saya lagi.”

Begitu kata Suraya Mohd Samsi, 32, yang pasrah menjaga anak perempuannya, Noratikah Mohd Shafie, 14, yang menghidap barah otak sejak tiga tahun lalu ketika ditemui di Hospital Jelebu, di sini, semalam.

Menurut Suraya, Noratikah sebelum ini seorang periang dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain, namun kini anaknya terlantar di hospital dan semua pergerakan memerlukan bantuan.

Katanya, penyakit anaknya mula dikesan ketika berusia 11 tahun apabila Noratikah mengadu sakit kepala selain mata kabur dan kerap muntah.

“Noratikah dibawa untuk rawatan di Hospital Jelebu dan doktor mengesahkan dia menghidap sawan dan perlu dirawat doktor pakar di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.-myMetro
 
Kepala Dibedah Sebanyak Lima Kali
NORATIKAH terlantar di hospital menjalani rawatan sejak 2011
 

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.