Johor Bahru: “Saya masih ingat perkataan terakhir serta kelakuan pelik Eddy petang itu (24 Mei) sambil arwah hulurkan duit RM20 dan sempat berpesan ‘mak jangan susah hati, minggu depan Eddy balik betulkan kereta ayah, kunci mak pegang’.
“Pada malam kedua dia berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), saya bermimpi arwah suami mahu membawa Eddy pergi. Tanpa diduga ia petanda Eddy akan meninggalkan kami,” kata Dara Mahilah, 50-an, ibu kepada penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Rosdhi Rosiman, 29, yang meninggal dunia awal pagi semalam selepas sembilan hari koma di HSA.

Rosdhi atau mesra dengan panggilan Eddy bersama adiknya, Roshanajid, 28, dan 11 rakan lain menyaksikan perlawanan JDT menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, pada 25 Mei lalu.
Selepas tamat perlawanan, Eddy dikatakan membuka ikatan bendera pasukan JDT dan terjatuh daripada tempat duduk teratas dengan ketinggian kira-kira 30 meter.
Menurut Dara, kali terakhir dia bertemu anak kelima daripada lapan beradik itu Eddy berjanji mahu membaiki kereta Proton Iswara milik arwah bapanya yang tersadai di bawah rumah.
“Kereta itu dia belikan untuk arwah bapanya. Bapanya juga pernah berpesan lepas habis bayaran jangan jual, tetapi baiki kerosakan dan gunakan saja. “Belum pun hilang rasa rindu pada arwah bapanya yang meninggal dua tahun lalu akibat penyakit usus, dia pula menyusul pergi semalam,” katanya ketika ditemui di rumah sewa Eddy di Taman Tampoi Utama, di sini, semalam.
Dara berkata, ketika koma dia beberapa kali melihat dan berada di samping Eddy untuk memberikan kata semangat sebelum Eddy disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi kelmarin.
“Sejak dimasukkan ke hospital, saya tidak putus berdoa dan berharap Eddy sembuh dengan cepat. Walaupun dia mungkin tidak boleh berjalan, tetapi hanya mahu dia sembuh depan mata saya dan tidak pernah menyangka dia akan meninggalkan kami.
“Memang saya reda tetapi sebagai ibu, hati saya terkilan sebab macam baru semalam berjumpa dan dengar gelak ketawa dia.
“Malah saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia ketentuan Allah SWT. Ini bukan kali pertama dia menyaksikan perlawanan bola kerana sebelum ini dia tidak pernah ketinggalan ke stadium, malah siap upah jahit untuk bendera Johor kerana sokong JDT,” katanya.
Dara menyifatkan Eddy sebagai anak yang baik dan tidak banyak kerenah.
Menurutnya lagi, sebagai ibu dia sering mengusik arwah berkaitan jodoh memandangkan dua adiknya sudah bertunang, manakala abang dan kakaknya sudah berumah tangga.
“Apa yang membuatkan saya terharu ialah Eddy sering menjawab, biarlah adik-adiknya lepas dulu dan dia akan menjaga saya, namun semua kata-kata itu hanya tinggal kenangan,” katanya.-myMetro

0 comments:
Post a Comment