Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Alat Musik Tertua Di Dunia


Tahukah anda, apakah alat muzik tertua di dunia? Para ahli arkeologi dari United Kingdom dan German telah berjaya menemui alat muzik tertua di dunia yang merupakan sejenis seruling purba yang dibuat dari tulang burung dan gading gajah purba.
Berdasarkan analisa radiokarbon alat muzik tiup menyerupai seruling yang ditemui di kawasan gua di barat daya Jerman ini, ia dikatakan berusia antara 42000-43000 tahun lalu, bahkan lebih tua.
Penelitian yang dipimpin oleh Prof. Tom Higham dari Universiti Oxford menjelaskan bahawa alat muzik tersebut usianya tidak jauh berbeza dengan tulang-tulang haiwan purba yang ditemui di sekitar gua Geissenklösterle.
Prof. Nicholas J Conard selaku ahli arkeologi dari Universiti Tübingen Jerman mengatakan bahawa ia adalah alat muzik tertua di dunia. Menurut beliau, di dalam gua Geissenklösterle turut ditemui banyak artifak karya seni yang lain. Hasil penelitian dan penemuan ini dipublikasikan di Journal of Human Evolution pada 8 Mei 2012
Menurut ahli arkeologi, alat muzik tersebut digunakan oleh manusia-manusia purba untuk upacara keagamaan mahupun sebagai medium hiburan. Muzik dikatakan berperanan penting dalam pemeliharaan jaringan sosial yang lebih besar.

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.