Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Gambar Dan Harga Myvi, Viva Dan Alza S-Series Baru 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Baru-baru ini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah melancarkan edisi terbaharu model Myvi, Viva dan Alza dengan reka bentuk yang lebih menarik serta peralatan dan aksesori tambahan yang dikenali dengan Perodua S-Series.
Antara keistimewaan yang terdapat pada varian terbaharu Perodua S-Series adalah stereng kuasa, pemain MP3 dan ketinggian kerusi pemandu yang boleh diubah suai pada varian Viva S. Warna yang ditampilkan juga agak menarik dengan warna terbaru ‘Ozzy Orange’.
Paling menarik kesemua model baru ini di datangkan dengan jaminan servis Perodua selama 3 tahun. Selain itu harga yang ditawarkan juga sedikit murah dari model yang terdahulu. Inilah peluang terbaik kepada anda yang selama ini berkira-kira hendak membeli kereta Perodua.


Gambar terkini Myvi baru S-Series yang betul-betul mengancam


Antara bahagian dalaman model S-Series yang akan menambat hati pembeli



Gambar terkini Viva S-Series dengan warna Ozzy Orange


Perodua Alza S-Series yang amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar

Di atas adalah senarai harga di atas jalan terkini Perodua Myvi, Viva dan Alza edisi S-Series yang di jangka mendapat sambutan ramai kerana khabarnya lebih murah dari sebelumnya tetapi lengkap dengan aksesori tambahan baru yang menarik dari Perodua.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Daripada Kartikel

Artikel Daripada Busuk

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.