Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Dua Taman Untungkan 500 Usahawan MARA



Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan seramai 500 usahawan Bumiputera akan mengeksport produk halal masing-masing tahun ini disokong oleh pembukaan dua taman halal di Selangor dan Terengganu yang mempunyai nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM60 juta.
Bagi mencapai sasaran itu, MARA akan melaksanakan Program Transformasi Perniagaan Halal (HBT) hasil kerjasama strategik antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), SIRIM-QAS dan anak syarikat Mara, Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC).

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Usahawan Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata, dua taman halal baru itu adalah bekas Kompleks Industri Mara yang diubah suai menjadi taman halal dengan menyediakan pelbagai kemudahan operasi perniagaan mengikut kehendak pemain industri berkenaan.

Beliau berkata, dua taman halal itu adalah tambahan kepada empat taman halal sedia ada yang dibangunkan pihaknya seperti di Perak, Kelantan dan Perlis, malah bercadang mewujudkan satu taman halal setiap negeri di Malaysia pada masa depan bagi membantu usahawan tempatan.

“Menerusi HBT, kami dapat melahirkan usahawan dalam sektor halal yang mampu mengeksport produk mereka mengikut spesifikasi perdagangan asing yang diperlukan oleh peniaga tempatan. Ini kerana status halal saja tidak mencukupi untuk menembusi pasaran asing.


“Dengan adanya kerjasama antara HDC, DDEC dan SIRIM-QAS, kami akan membantu usahawan tempatan dari segi standard pembungkusan, pemasaran dan pembangunan kajian produk serta perniagaan dan mendapatkan persijilan Amalan Pembuatan Terbaik (GMP) dan ketiga-tiga entiti ini mempunyai kepakaran di dalam bidang berkenaan,” katanya selepas mengumumkan pakatan strategik antara ketiga-tiga agensi itu di Kuala Lumpur, semalam.

Ketika ini, MARA mencatatkan 60,000 usahawan yang bernaung di bawahnya dan mereka adalah antara 500 usahawan jutawan yang ingin dilahirkan oleh MARA menerusi pelbagai program pembangunan perniagaan.

Katanya, menerusi pakatan strategik itu, ia juga dapat membantu menyumbang kepada peningkatan kadar eksport industri halal tempatan yang mana pada tahun lalu mencatatkan sebanyak RM33 bilion dan majoriti sumbangannya daripada sektor makanan.



0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.