Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Pengundian Luar Negara Lancar


PUTRAJAYA: Pengundian pos oleh pengundi di luar negara yang berlangsung, hari ini, berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata sehingga tengah hari ini, secara purata kira-kira 50 peratus
daripada pengundi menyerahkan kembali sampul kertas undi mereka.

"Di Wellington (New Zealand), angkanya kira-kira 60 peratus. Beijing
(China), Tokyo (Jepun), Shanghai (China) dan Canberra (Australia) lebih kurang 50 peratus baru keluar (menyerahkan sampul)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPR di sini.
PESURUHJAYA Tinggi Malaysia di London, Datuk Seri Zakaria Sulong memeriksa papan kenyataan di luar pejabatnya di London. Ini adalah kali pertama rakyat Malaysia di London mengundi. FOTO Wan Rosli Wan Othman

RAKYAT Malaysia, Flanegan Bainon menunjukkan sampul rasmi daripada SPR yang mengesahkan dirinya sebagai pengundi berdaftar di luar negara untuk membuang undi di Tokyo, Jepun. IHSAN Flanegan Bainon

Kamaruddin berkata, Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dibuka sehingga 6 petang waktu tempatan bagi tujuan itu.

"Pejabat di Melbourne dan London bagaimanapun akan dibuka sehingga 8 malam kerana pengundi yang berjumlah lebih 1,000 orang," katanya.

Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara dihantar 24 April lalu kepada 103 Pejabat Perwakilan Malaysia dan dijangka sampai semula di Malaysia seawal-awalnya esok.

Mengenai pelajar luar negara yang kembali ke tanah air namun masih
berstatus pengundi luar negara, Kamaruddin berkata mereka sepatutnya memaklumkan kepada SPR mengenai status terkini mereka. 

Ditanya pula mengenai bendera berwarna-warni yang dikaitkan dengan
'Malaysian Spring', beliau berkata ia tertakluk di bawah kuasa pihak
berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.

"SPR hanya terbabit untuk bahan-bahan kempen. Bendera itu tidak bertulis apa-apa, jadi SPR tak boleh ambil tindakan kerana ia bukan bahan kempen," katanya.

Kamaruddin meminta semua pihak agar tidak terpengaruh dengan pergerakan dari luar kerana sejarah sesebuah negara adalah berbeza antara satu dengan lain.

"Kalau rakyat suka kita, kita akan menang. Tiada apa yang SPR boleh buat untuk mengalahkan seseorang calon apabila calon itu disukai oleh pengundi setempat," katanya.


Sementara itu, di BEIJING, 61 orang atau kira-kira 34 peratus daripada 177 rakyat Malaysia yang tinggal di ibu negara itu, selesai mengundi secara pos di Kedutaan Malaysia di sini setakat 11 pagi tadi.

Pengundi pos berkenaan, yang terdiri daripada 55 pengundi tidak hadir (PTH) dan 122 pengundi luar negara, termasuk petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan menunaikan hak mereka untuk mengundi hari ini.
RAKYAT Malaysia yang menetap di London tiba di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia untuk membuang undi bagi PRU-13. FOTO Wan Rosli Wan Othman

Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin berada di sini pada 11 pagi untuk mengundi bagi kerusi parlimen Rembau dan kerusi dewan undangan negeri Rantau, Negeri Sembilan.

Beliau menggesa mereka yang layak mengundi supaya menunaikan hak
masing-masing sebagai pemilih.

"Ramai rakyat Malaysia di sini (Beijing) mungkin tidak mengundi pada PRU13 atas sebab usia," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.