KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memenangi anugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2013 pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax, yang diadakan sempena ekspo Terminal Penumpang di Geneva baru-baru ini.
Pengurus Besar Kanan Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, KLIA diundi secara konsisten untuk kecemerlangan perkhidmatan pekerja semenjak 2010, dan ini adalah kemenangan kedua untuk anugerah kategori Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia.
"Untuk diiktiraf secara berterusan dalam kecemerlangan perkhidmatan pekerja untuk tiga tahun adalah mengagumkan dan pencapaian ini menggambarkan usaha gigih kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azmi berkata pencapaian itu adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membantu meningkatkan reputasi KLIA.
Azmi berkata pencapaian itu adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membantu meningkatkan reputasi KLIA.
Keputusan itu berasaskan kajian ke atas 12 juta penumpang yang diselesaikan dalam tempoh 10 bulan, membabitkan 388 lapangan terbang.
Kajian itu mengkaji pengalaman keseluruhan penumpang dalam 39 perkhidmatan lapangan terbang, daripada ketibaan di lapangan terbang, melalui proses transit dan pelepasan hingga ke pintu berlepas. - Bernama @ myMetro