Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Dua Kontraktor Jumpa Bom Lama Di Ipoh


IPOH: Dua butir bom lama, dipercayai daripada peninggalan zaman Jepun ditemui di Terminal Kargo Ipoh di sini hari ini.

Bom itu ditemui dua pekerja kontraktor yang menjalankan kerja mengorek tanah di kawasan itu pada jam 9.15 pagi.

"Saya yang memandu jentera pengorek sedang menjalankan kerja-kerja mengorek tanah dan ternampak ada satu objek di dalam lori. Pada mulanya saya sangka ia adalah botol, tapi bila saya ambil dan bersihkan jelas objek itu bukan botol tapi sebutir bom," kata pekerja itu M. Vikneswaran.

Vikneswaran, 42, yang merupakan bekas tentera berkata rakannya S. Vigneswaran, 47, menemui sebutir lagi bom terbenam berhampiran tayar lori.

Bom pertama diletupkan kira-kira jam 11.30 pagi manakala bom kedua setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom itu.

Sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis (IPK) Perak mengambil masa setengah jam untuk memusnahkan kedua-dua bom itu," katanya. - BERNAMA        

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.