Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Hodak: Henti Ejek Pemain

Pemain Kelantan, Mohd Faiz Subri diasak pertahanan FELDA United, Azmizi Azmi dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke IV, kelmarin.

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyuarakan rasa kesal terhadap gelagat segelintir penyokong The Red Warriors (TRW) yang mengejek pemain, terutama Ahmad Fakri Saarani pada aksi Liga Super menentang FELDA United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam kelmarin.

Dia beranggapan penyokong Kelantan harus memberi sokongan padu menaikkan semangat pemain bukan mengejek yang boleh menyebabkan pemain bermain di bawah tekanan.

“Pemain saya terutama Fakri (Ahmad Fakri) tertekan kerana ejekan penyokong sendiri. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Fakri gagal bermain pada kemampuan sebenar dan tiada keyakinan melakukan penyudah serta membuat hantaran tepat.


Penyokong ubah sikap

“Apa yang saya lihat, Fakri bermain lebih baik ketika beraksi di tempat lawan berbanding di tempat sendiri. Penyokong TRW perlu mengubah sikap itu jika mahu melihat pasukan terus mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnya,” katanya selepas kemenangan 3-0 Kelantan ke atas FELDA United, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.

Sementara itu, jurulatih FELDA United, K Devan menganggap faktor keletihan menjadi punca utama anak buahnya tewas kepada Kelantan selain dua gol pantas diperoleh Kelantan di separuh masa pertama memberi tekanan buah anak buahnya.

“Pemain Kelantan lebih cergas dan mereka mempunyai kelebihan kerana mempunyai rehat yang cukup. Pemain saya sedikit keletihan selepas perlawanan dengan Perak pada Jumaat lalu,” katanya.


0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.