Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Gwyneth Paltrow Dipaksa Bogel

Gwyneth Paltrow dipaksa bogelLOS ANGELES: Aktres Gwyneth Paltrow berkata jurulatih kecergasannya Tracy Anderson memaksa dia berbogel semata-mata untuk menyuntik motivasi bagi memperolehi bentuk badan yang ideal.
Kata Paltrow, insiden itu berlaku ketika dia bertemu jurulatih itu buat kali pertama bagi memulakan sesi kecergasan tersebut.
Laman dailystar.co.uk melaporkan, pelakon filem Shakespeare in Love itu memberikan pujian kepada jurulatih berkenaan kerana membantunya menurunkan berat badan ketika hamil anaknya, Moses sebelum ini.
“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak perempuan sebelum ini tetapi pada kali ini (Moses), ia tidak berkesan.
“Saya tidak boleh menurunkan berat badan tetapi sejak bertemu Tracy, dia menjadi penyuntik semangat saya.
“Saya tidak akan lupa pada insiden dia menanggalkan seluar saya dan berkata, ‘Oh tidak, saya sangat terkejut kerana awak nampak hebat di luar. Saya tidak menjangkakan ini (keadaan fizikal),” kata aktres itu.
Bagaimanapun, Paltrow menegaskan tindakan ekstrem jurulatih itu mengembalikan semua keindahan dalam rumah tangganya bersama penyanyi Chris Martin.
“Dia (Tracy) memberikan kebaikan kepada hidup saya, keyakinan diri, kehidupan seksual dan segala-galanya,” katanya seperti dipetik majalah Reebok.
 
 


0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.