Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Mourinho Sah ke Chelsea

Mourinho Sah ke ChelseaLondon: Jose Mourinho dilaporkan sudah sah menjadi pengurus baru Chelsea selepas pengendali Real Madrid itu dikatakan menandatangani kontrak empat tahun bernilai 40 juta (RM186.5 juta), Selasa lalu.

Sudah rasmi Mourinho kembali mengendalikan Chelsea. Semua di kelab ini cukup gembira dengan kehadiran semula Mourinho, tidak kiralah pemain atau penyokong. Kami kini sudah bersedia untuk memandang ke hadapan bagi menghadapi musim baru. Kami yakin ia bakal menjadi musim yang cukup menarik, kata sumber dalaman Chelsea.

Mourinho dikatakan menandatangani kontrak dengan Chelsea itu ketika melakukan kunjungan ringkas ke London, baru-baru ini tetapi cuba menafikannya dengan mengatakan dia hanya ke sana untuk bertemu rakan-rakan serta menyaksikan perlawanan playoff Crystal Palace bertemu Watford di Wembley.

Dengan perkembangan itu, Mourinho bakal mula mengendalikan Chelsea ketika mereka mengadakan siri jelajah pramusim ke Asia untuk bertemu Pilihan Bintang Singha di Bangkok, skuad Harimau Malaya di Shah Alam dan Pilihan Bintang Indonesia di Jakarta.

Sewaktu menjadi pengurus Chelsea antara tahun 2004 hingga 2007, Mourinho berjaya membawa kelab itu memenangi enam trofi dalam tempoh hanya tiga musim. Agensi@bharian




0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.