Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Rumah Calon BN Kena Baling Bom

Yong Hoe menunjukkan kawasan percikan api di rumahnya di Taman Pengakalan Jaya Bukit Katil,  

Melaka, semalam. Melaka Tengah: Rumah Naib Ketua Pemuda MCA Kota Melaka dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil, di sini, semalam.

Kejadian pada jam 4 pagi itu turut menyebabkan tangan kanan Ronald Gan Yong Hoe cedera apabila cuba mengalihkan sejenis alat menghasilkan percikan yang dicampak ke halaman rumahnya.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir itu berkata, ketika kejadian dia tidur di tingkat atas sebelum terdengar bunyi mencurigakan.


Kenapa perlu buat begini hingga membahayakan nyawa saya dan keluarga. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pilihan raya sudah berlalu dan saya turut tewas kepada pembangkang” Ronald Gan Yong Hoe, Ketua Pemuda MCA Kota Melaka

Lihat percikan api

Katanya, sebaik turun beliau melihat percikan api dan asap di bahagian hadapan rumah yang menempatkan dua keretanya.

Sejurus itu, saya cuba mengalihkan ‘flare’ berkenaan, namun ia mengeluarkan percikan api lalu menyebabkan tangannya tercedera.

“Selain itu, cermin tingkap depan rumah turut pecah akibat dibaling satu botol arak, manakala satu lagi botol yang dibalut dengan bendera BN berada antara kedua-dua kereta saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Laporan polis

Yong Hoe berkata, bimbang dengan keselamatan diri termasuk isteri serta tiga anaknya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Tiang Dua, Ayer Molek di sini.

“Kenapa perlu buat begini hingga membahayakan nyawa saya dan keluarga. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pilihan raya sudah berlalu dan saya turut tewas kepada pembangkang,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, Yong Hoe tewas kepada calon DAP, Tey Kok Yiew dengan majoriti 7,952 undi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.


0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.