![]() |
Gambar Hiasan |
MUAR: Seorang penjual tiket feri maut selepas ditembak di mata kanannya ketika berehat di taman permainan depan rumahnya di Taman Sri Temian, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Tee Chai Heng, 51, maut selepas terkena satu das tembakan di muka.
Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang tanpa baju oleh jiran yang hairan selepas terdengar bunyi letupan dari taman permainan berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar ketika ditemui berkata, pihaknya menemui sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian namun senjata pembunuhan tidak ditemui.
"Jarak tempat mayatnya ditemui dengan rumahnya hanya kira-kira 30 meter dan mangsa dipercayai sering berehat di taman permainan itu selepas pulang dari kerja," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.-myMetro