Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Ditutup Enam Bulan

BUKIT JALIL: Padang bola sepak Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akan ditutup selama enam bulan dari Oktober tahun ini untuk kerja-kerja pembaikan berikutan keadaannya yang semakin merosot.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata padang itu tidak memenuhi piawaian antarabangsa dan banyak aduan mengenainya telah diterima sama ada dari dalam atau luar negara.

"Sudah tiba masanya bagi kita untuk melakukan baik pulih atau menggantikan padang kerana saya telah melihatnya dan saya telah mendapat banyak maklum balas daripada peminat tempatan," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar, Khamis.

Terdahulu, Khairy tiba di lokasi bersama-sama dengan Timbalan Menteri Datuk M Saravanan dan telah dibawa melawat padang oleh pegawai-pegawai stadium. Tanpa membuang masa beliau berjalan ke padang di bawah terik matahari dan membuat pemeriksaan teliti terhadap rumput dan padang.

Beliau yang kelihatan tidak puas hati dengan keadaan padang itu dilihat memberitahu pegawai: "Saya mahu satu penyelesaian untuk ini." Tender bagi kerja membaik pulih itu juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kementerian akan lebih tegas dalam memberi kebenaran menggunakan padang, sambil menambah aktiviti yang tidak berkaitan dengan sukan mungkin telah menyumbang kepada kerosakan itu. Khairy berkata kriteria dan keperluan untuk menggunakan stadium akan diperketatkan.

"Saya tidak mahu mengatakan kita akan membuat larangan secara terang-terangan, tetapi kita akan mengkaji mengenai acara-acara seperti konsert dan majlis kerajaan," katanya.

Khairy berkata keadaan padang itu tidak akan menghalang pasukan asing daripada datang ke sini."Chelsea dan Barcelona tetap akan datang ke sini".

"Ia tidak menghalang mereka daripada datang, tetapi ia boleh menjejaskan reputasi kita apabila mereka kembali," katanya.

Khairy berkata pasukan bola sepak Brazil dan Chelsea mengadu tentang keadaan padang bola sepak Malaysia pada masa lalu dan ia sesuatu yang memalukan di peringkat antarabangsa. Beliau berkata ia bukan sahaja tentang reputasi sukan Malaysia, sambil menambah padang yang tidak baik juga akan menyebabkan kecederaan kepada pemain.-mStarOnline

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.