Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


FAM Nafi Harga Tiket Final Piala FA RM45

Piala FAKUALA LUMPUR - Bukan RM45 tetapi RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Itu penjelasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai dakwaan bahawa harga tiket perlawanan akhir Piala FA melibatkan Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 29 Jun ini dinaikkan sebanyak RM5.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan, pihaknya tidak menaikkan harga tiket perlawanan akhir seperti yang digembar-gembur sejak kebelakangan ini sehingga menjadi topik hangat dalam rangkaian media sosial.

"FAM tidak pernah membuat sebarang kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala FA kepada RM45 seperti yang disebarkan di dalam laman sosial. Harga tiket RM40 untuk perlawanan akhir Piala FA telah ditetapkan hasil perbincangan pada awal musim 2012," katanya 

Jelasnya, beliau tidak tahu punca tersebar berita kononnya harga tiket Piala FA yang dikatakan mencecah RM45 dan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

"Sejak awal musim 2012, FAM telah memutuskan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA adalah RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

"Harga tiket perlawanan akhir Kelantan-Johor DT pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kononnya bernilai RM45 adalah tidak benar.

"FAM berharap peminat tidak tertipu dengan sebarang laporan tidak rasmi ini," katanya.
Beliau mengulas kenyataan tidak benar di laman sosial dan blog bahawa tiket perlawanan akhir Piala FA 2013 mencecah RM45, yang menimbul rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.

"Dakwaan tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej FAM yang mungkin dituduh mahu mengaut keuntungan. Sedangkan harga tiket final masih lagi seperti edisi sebelum ini iaitu RM40.

"Saya berharap peminat bola sepak tempatan tidak terburu-buru membuat sebarang spekulasi tanpa pengumuman rasmi yang dibuat oleh FAM.," katanya.-utusanOnline




0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.