Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Mufti Perak Tegur Azwan Ali


Tan Sri Dr Harussani Zaka
Maki Peminat, Mufti Perak Tegur Azwan Ali - ROTIKAYA_inMenurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, apa yang dipaparkan Azwan Ali di akaun Twitternya juga menunjukkan ciri-ciri golongan fasik. Ini berikutan sikap biadab pengacara popular tersebut yang mencetuskan kontroversi kerana tweetnya tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim sebenar.
“Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa”

“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk,” katanya kepada Astro Awani.
Azwan yang tersalah anggap jawapan itu terus mengherdik pengikutnya yang bernama NurAziraWA dengan kata cacian selan dianggap sesuatu yang kelakar dan memalukan oleh pengguna sosial lain.Dr Harussani mengulas kontroversi Azwan yang tersalah tafsir komen seorang pengikutnya di Twitter. Catatan awalnya bertanya restoran terbaik untuk berbuka puasa sekali gus mendapat reaksi pengikutnya yang mencadangkan restoran ‘Me’nate’.
Sementara itu kata Dr Harussani, Azwan juga diminta menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain.
“Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat,” ujarnya. (rtky/s)

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.