Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Bunohan Terima 4 Pencalonan


Selepas menang besar termasuk Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Dain Iskandar Said menerusi arahannya, Bunohan sekali lagi dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik (Drama), Lakon Layar Terbaik, Fotografi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA 2013) yang berlangsung malam ini di Kuching, Sarawak.
Dain menyifatkan pencalonan Bunohan sudah memadai untuk memberi kepuasan kepadanya tanpa meletak sebarang harapan membawa pulang trofi. “Alhamdulillah Bunohan bukanlah naskhah untuk orang kita saja sebaliknya ada mata penilai luar yang memerhati dan menghargainya. Menang di FFM25 lalu sudah cukup membayar semua penat lelah saya dan kini apabila diberitahu ia tercalon di peringkat Asean pula, itu sudah satu kemenangan buat Bunohan. “Saya tidak mahu meletak sebarang harapan kerana jujurnya tersenarai dalam semua kategori besar di AIFFA 2013 sudah cukup menggembirakan saya. Jika ada rezeki, satu bonus dan perangsang untuk saya dan anak seni lain terus berkarya, namun jika tidak, saya bersyukur dengan peluang yang diberikan.

“Apa yang lebih penting saya lihat AIFFA 2013 adalah gelanggang terbaik untuk semua pembikin filem di rantau ini bersatu dan berkongsi idea. Ini satu usaha yang baik bagi menguatkan lagi industri perfileman kita sekali gus bersaing untuk mengintai peluang ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya tahu kerja keras dan komitmen Dain ketika menyudahkan Bunohan. Ia bukan sebuah filem biasa, sebaliknya sarat dengan pengertian.

“Justeru apabila Bunohan tercalon ke peringkat yang lebih tinggi seperti ini, saya bersyukur dan tumpang bangga,” katanya yang tidak sempat memeriahkan AIFFA 2013 kerana terikat dengan jadual penggambaran drama Dahlia di Kuala Lumpur.
Selain Bunohan, filem Songlap terbitan GBSB dan Red Film turut tercalon dalam beberapa kategori besar lain. Aktor Shaheizy Sam dan Lisa Surihani juga tercalon untuk kategori Pelakon Filem Terbaik bersaing dengan ramai bintang terkenal lain.

Majlis penganugerahan yang mengiktiraf semua hasil kerja anak seni di peringkat negara Asean ini disertai enam negara termasuk Malaysia sebagai tuan rumah, Singapura, Myanmar, Filipina, Brunei dan Indonesia. AIFFA 2013 didukung sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Luar Negeri dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.