Selepas Nabila Huda kini bahagia menjalin hubungan dengan Nas-T,
pasti ada yang berifkir nakal tentang status Johan As’ari dan apakah
perasaan beliau terhadap hubungan mereka berdua.
Tidak perlu risau kerana Johan As’ari dalam temubual
terbaru bersama Harian Metro mengatakan yang hatinya kini telah
di’miliki oleh seseorang tetapi enggan mendedahkan siapakah yang bertuah
itu.
“Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya.
Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun
lepas. Selepas pulang dari Makkah, tak sangka saya bertemunya semula dan
kami jadi rapat,” kongsi Johan As’ari.
“Antara sebab utama saya sukakan dia kerana dia menjaga solat. Perkara itu penting bagi saya kerana solat tiang agama”
“Apabila seorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan
bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah
tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya”
“Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya
jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah,
seandai ada jodoh, adalah berita gembira nanti dan saya akan maklumkan
kepada rakan media serta peminat,” tambah teraju utama drama Karlos ini lagi.@hmetro
0 comments:
Post a Comment