Penyampai radio Era, Zahid atau nama sebenar Zahid
Baharuddin, 32, bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang
dikenalinya menerusi laman Twitter sejak setahun lalu.
“Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk
Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin
perempuan.
“Kemudian, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan
berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak,” ujarnya yang
ditemui ketika sidang akhbar pengumuman Akademi Fantasia 2013 di The
Venue, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Zahid lagi, dia tidak menyangka Sarah Julifa, 25, yang
dikenalinya itu juga bekerja di bawah satu bumbung iaitu di Astro.
Antara kriteria yang berjawa menawan hati Zahid adalah dia merupakan seorang yang sangat memahami kerjanya dan mampu berdikari.
Tambahnya lagi, Sarah lepas syarat yang ditetapkan oleh Zahid di
dalam mencari calon yang sesuai iaitu pandai memasak lauk kegemarannya,
Gulai Lemak Ayam.-Kosmo
0 comments:
Post a Comment