Radio
THR Gegar

Sinar FM

Hitz FM

Era FM

Hot FM

Mix FM

Lite FM


Taman Tema Robot


Sebuah taman tema futuristik pertama di dunia yang berkonsep robotik akan dibina di Incheon, Korea Selatan.

Menurut laman saluran Discovery, projek Robot Land yang menelan kos kira-kira AS$625 juta (RM2.1 bilion) itu turut menggabungkan elemen perniagaan.

Ini kerana ia bakal dilengkapi pusat jualan robot berteknologi tinggi terbaru, pusat penyelidikan dan pembangunan robot serta institusi pendidikan tinggi.

Selain itu, taman tema tersebut juga akan menyediakan pusat kajian dan hibrid untuk memberi peluang kepada pengunjung merasakan pengalaman luar biasa bersama robot.

"Sebuah akuarium robotik dan roller coaster dijangka menjadi tarikan utama di Robot Land," menurut laman sesawang itu lagi kepada DailyMail.

Difahamkan, rancangan pembinaan taman tema robot tersebut pertama kali diumumkan pada 2009, namun projek tersebut dilaporkan tergendala.-SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

 
My Ping in TotalPing.com Blogged.my Preview on Feedage: cerkampung

Archive

Labels

Penafian

Sebarang informasi yang terdapat dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber dan tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap maklumat-maklumat yang diberikan. Semua tulisan, pendapat, video, foto yang terdapat dalam blog ini adalah milik asal penulis yang diambil dari pelbagai sumber dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. Admin tidak bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kerugian yang disebabkan maklumat yang terdapat dalam blog ini.